Followers yg cumiLcumiL!

Wow panjangnya .


Di pagi hari yang sejuk .
Hangin sepoi-sepoi bahasa .
Diikuti juga burung-burung yang berkicauan .
Dihiasi rerama yang berterbangan .
Dikacau kucing yang mengejar-ngejar .
Adakah ini poem ataupun sajak yang merepek merapu meraban .
haishh =,=

Pada pagi ini lah *yang sebenarnya sudah tengahari* mira sedang menyiapkan esei yang bertimbun-timbun . tapi yang sebenarnya tak ada lah bertimbun sangat . pheww !
Esei apakah ?

BAHASA MELAYU

Yaa ! dan mira sangat penat untuk memerah otak ini sehingga keluarnya idea bak air yang mencurah-curah . ohh kenapa lah nasibku sebegini -,-
Kalaulah diriku ini mempunyai otak yang genius bak Albert Einstein, sudah tentu-tentu kerja-kerja ini semua sudah siap sepenuh-penuh-penuhnya .

Ok , cukup sudah pembuka kata . hihi .
Sekarang kan tajuk esei sudah sangat panjang dan sudah cukup untuk dijadikan pendahuluan rasanya . 
Tak percaya ?

Kes keganasan rumah tangga sering berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita. Ada pendapat mengatakan bahawa kes ini berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dihadapi oleh individu terbabit. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?

See ! anda tak rasa kah yang ianya sangat panjang ? dan mira sangat penat untuk menulis tajuknya sebab tak sabar-sabar untuk memulakan pendahuluan tika idea tengah berlegar-legar kat otak .
fuhh =,=

Makin diri ini menulis makin diri ini sengsara dengan idea yang tak keluar dari tadi .
Owwmann ! kenapa kau sangat manja hah otak ?
burr -,-



Sekiann ~




Klik SINI untuk kesejahteraan hidup .

0 comment: